top of page

FESTIVAL ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE

  • seranggonroad
  • Nov 18, 2021
  • 2 min read

FESTIVAL ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU KE-8 DIADAKAN DARI 5 HINGGA 8 NOVEMBER


CHITOSE, Jepun, 15 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose Baharu dan dalam talian selama empat hari dari 5 November (Jumaat) hingga 8 November (Isnin), 2021.

Penyaringan pertandingan itu, yang menjadi acara utama bagi festival itu, menunjukkan 92 filem dipilih daripada lebih 2,200 penyerahan. Satu majlis anugerah telah diadakan pada 8 November di Dewan Portom yang terletak di bangunan terminal antarabangsa di Lapangan Terbang Chitose Baharu. Anugerah Grand Prix untuk Filem Pendek: “Easter Eggs” Nicolas Keppens, Belgium Grand Prix Jepun: “Replacements” Jonathan Hagard, Jepun Anugerah Bakat Baharu: “The Fourth Wall” Mahboobeh Kalaee, Iran Grand Prix untuk Filem Cereka: “The Bears' Famous Invasion of Sicily” Lorenzo Mattotti, Perancis & Itali Filem Pelajar Terbaik: “Butterfly Jam” Shih-Yen Huang, Perancis & Taiwan Animasi Muzik Terbaik: “Czarodzielnica” Klaudia Ptasinska, Poland Semua karya pemenang boleh didapati di laman web rasmi festival itu (https://airport-anifes.jp/en). Terdapat satu acara baharu yang dipanggil PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU 2021. Di sana, sembilan pembuat filem animasi Jepun membuat pembentangan pendek mengenai projek masa depan mereka, dengan pejabat festival dan satu daripada pengulas memuji dua projek berikut. ANUGERAH PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU: “CHERRY AND VIRGIN” Projek oleh Masanao Kawajiri Anugerah Emmanuel-Alain Raynal: "The Story of My First Love and the Rainbow Ferry That Was Sold" Projek oleh Honami Yano Filem arkib bagi PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU 2021 akan tersedia di saluran YouTube rasmi festival itu sehingga 19 November. Lihat butiran di laman web rasmi festival tersebut. https://airport-anifes.jp/en Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu --BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook - White Circle
  • Pinterest - White Circle
  • Instagram - White Circle

© 2023 by Jade&Andy. Proudly created with Wix.com

bottom of page